Aisyah Rais

Berasal dari Kuala Lumpur, merupakan seorang penulis yang sinonim dengan tulisan puisi, telah menulis dan menerbitkan sendiri zine tulisannya sejak tahun 2008 selain turut bekerjasama dengan beberapa penerbit alternatif tempatan. Antara judul yang pernah dihasilkan daripada kesemua tiga belas zine/buku solo/antologi adalah 'Kertas-kertas Kotor', 'UNO', 'Soda Gembira' dan 'Holograf'. Aisyah juga aktif menghasilkan puisi menggunakan kaedah 'blackout poetry' yang diterjemahkan sebagai 'puisi padam'. Antologi terbaru tulisan Aisyah bersama tiga penulis lain berjudul Hujan Bakawali Di Rumah Tuhan bakal dilancarkan di MIWF 2018.

Year involved