HAFIZ HAMZAH merupakan Editor jurnal Svara, sebuah penerbitan bercetak berkaitan seni budaya kontemporari yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dan kini sudah memasuki isunya yang ke-14 sejak mula diterbitkan pada tahun 2020. Jurnal berkenaan menerbitkan tulisan-tulisan serantau dan juga terjemahan antarabangsa. Selain itu, sejak 10 tahun lalu, beliau mengusahakan sebuah rumah penerbitan mandiri, Obscura, yang memberi tumpuan kepada penerbitan karya-karya sastera dalam bahasa Melayu, dan pernah juga terlibat menerbitkan beberapa judul lain tentang muzik dan fotografi. Sebagai penulis, beliau sudah menerbitkan beberapa judul buku: kumpulan puisi Malakalis (2014) dan Gertak Sanggul (2016); serta kumpulan esei Bor (2017) dan Kala Aksara Tak Lepas di Mata, Kita Tak Seharusnya Gelisah (2021).