Jasni Fizul merupakan seorang anak kelahiran sarawak,malaysia yang telah mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2009 untuk mencari rezeki. Seorang manusia separa burung hantu. Beliau mula menceburi bidang seni sebagai seorang martial art stunt. Pada tahun 2012 beliau mula melibatkan diri dalam bidang seni pementasan dengan menyertai bengkel asas teater dibawah kelolaan Myharapan dan Rumah anak teater selama 6 bulan. Setelah tamat bengkel, beliau mula aktif dalam beberapa pementasan teater bersama Revolution stage dibawah Khairunazwan Rodzy. Selain itu beliau juga aktif dalam bidang muzik. Bekerjasama dan belajar bersama Asmaraloka dibawah arahan Ayop Azril. Selain itu beliau juga aktif di skrin, tv dan juga filem. Antara teater lakonan beliau adalah Ramleefestasi, Sudirmania, Superhero, Ambush, Mesin Dan Kopi, Wangi Jadi Saksi, Dendam Laksamana, Sekuntum Mawar Merah, Its Not Complicated, The Last Bunker, Teater Muzikal Ali Wallace, Teater Dang Esah Tandang Sari dan banyak lagi.